Thursday, November 20, 2008

Surat nak pasang Sunroof


TANJUNG WORKSHORP
CO. NO. CA 0073767-A
NO. 133, BENGKEL BLOK 4, FELDA JENGKA 20,
26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR..
TEL: 09-4664736 / HP : 019-9666389

______________________________________________________________________________

30 OKTOBER 2008

Tuan Pengarah,
Bahagian Teknik,
Ibupejabat Jabatan Pengangkutan Jalan,
Parcel D, Blok D4, Aras 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.

Tuan,

PENGESAHAN PEMASANGAN SUNROOF (BUMBUNG SURIA) PADA KENDERAAN BERNOMBOR PENDAFTARAN WCJ 5939

Merujuk perkara di atas,

Adalah dimaklumkan bahawa bengkel saya telah menjual dan memasang sunroof (bumbung suria) ke atas kenderaan bernombor pendaftaran WCJ 5939 jenis Mazda 626. Maklumat bagi kenderaan ini adalah seperti berikut:-

Buatan / Model : Mazda 626
No. Enjin : FE 890026
No Chasis : GD 10E2 MM 000032
Keupayaan Enjin : 1998 S.P
Tahun Diperbuat : 1991

2. Untuk makluman pihak tuan, pemasangan adalah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak tuan iaitu tidak melibatkan pemotongan struktur tiang bumbung kenderaan. Proses yang terlibat hanyalah melibatkan pengantian bumbung, seterusnya kerja-kerja mengimpal dan memadankanya.

3. Berdasarkan pengalaman saya dalam melakukan pemasangan sunroof, saya memberi jaminan pemasangan bumbung suria ke atas WCJ 5939 adalah menepati spesifikasi dan tahap keselamatan kenderaan yang telah ditetapkan oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Cop Syarikat
_____________________________
( ABDUL RAHMAN B. NOOR )
491025-08-5741
Pengurus

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home