Thursday, November 20, 2008

Macam Mana Tulis Surat

Abdul Halim Bin Abdul Rahman,
No: 133 Blok 4, Felda Jengka 20,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.

Tuan Pengarah,
Bahagian Teknik
Ibupejabat Jabatan Pengangkutan Jalan,
Parcel D, Blok D4, Aras 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya. 30 Oktober 2008

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN PEMASANGAN SUNROOF (BUMBUNG SURIA) PADA KENDERAAN BERNOMBOR PENDAFTARAN WCJ 5939

Perkara di atas adalah dirujuk,

Saya seperti nama di atas adalah pemilik sah kenderaan Mazda 626 tahun 1991 ingin memohon jasa baik pihak tuan dalam memberi kelulusan sunroof (bumbung suria ) ke atas kenderaan milik saya ini. Di bawah adalah serba sedikit maklumat berkaitan kenderaan milikan saya ini :-

Buatan / Model : Mazda 626
No. Enjin : FE 890026
No Casis : GD 10E2 MM 000032
Keupayaan Enjin : 1998 S.P
Tahun Diperbuat : 1991

2. Bumbung suria yang dipasang adalah dari model Mazda B8 yang berkongsi casis yang sama dengan Mazda 626. Oleh yang demikian, pemasanganya hanya melibatkan tebukan bumbung tanpa melibatkan pemotongan struktur tiang pilar kenderaan.

3. Bersama-sama ini, saya kepilkan Salinan geran kenderaan saya, surat pengesahan dari bengkel yang melakukan pemasangan serta resit asal dari salinan kad pengenalan bagi semakan dan pertimbangan pihak tuan selanjutnya. Diharapkan permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,

__________________________________
( ABDUL HALIM B. ABDUL RAHMAN)
800614-06-5067

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home